Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Merancang Kerja - Anugerah

Merancang Kerja

Lirik Lagu Nasyid Masih Ada Waktu

Anugerah



Tenaga dan kemampuan diperhitungkan

berjuanglah dalam satu barisan

Umpama batu tersusun menjulang ke awan

Itulah asas dalam merancang



Rancang dengan apa yang ada di tangan

Bukan yang kita angan-angankan

Membina cita dan harapan

Bukan mimpi dan igauan



Perancangan perlu diperhati

Agar tertib rapi dan teliti

Matlamat dan caranya selari

Masa pun harus diambil kira



Gunung mana yang mahu didaki

Lurah mana yang mahu disusuri

Semuanya telahpun terbukti

Pasti rancangan akan berjaya