Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Miliki Tuhan - Mawaddah

Miliki Tuhan

Lirik Lagu Nasyid Sembahyang Membina Peribadi Agung

Mawaddah



Marilah kawan-kawan mengagungkan Tuhan

Melalui sembahyang,zikir,puasa dan baca Al Quran

Tuhan adalah segala-galanya

Kerana segalanya adalah ciptaan Tuhan



Chorus

Kehilangan Tuhan,kehilangan seglanya

Mendapat Tuhan,mendapat segala-galanya

Marilah kita miliki Tuhan

Agar segalanya kita miliki



Memiliki Tuhan,memiliki segalanya

Kehilangan Tuhan tiada erti segalanya

Kerana segalanya bila-bila masa diambil Tuhan

Kehilangan segalanya tidak mengapa



Jangan sampai kita kehilangan Tuhan

Segala yang kita miliki tiada gunanya

Milikilah Tuhan,Dia kekal abadi

Penyelamat kita dunia akhirat



Chorus

Segalanya selain Tuhan akan binasa

Dia tidak akan dapat menyelamatkan kita

Cintailah Allah dan agungkanNya

Syukurilah Dia kerana nikmat dan rahmat-Nya

sabar atau redhalah diatas ujian-Nya

Kerana ada didikan dan hikmah kepada kita