Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Perpaduan - Shoutul Amal

Perpaduan

Lirik Lagu Nasyid Gema Perjuangan

Shoutul Amal



Perpaduan itu yang dicitakan

Dipupuk diamal ianya kewajipan

Perpecahan dielak dijauhkan

Semai kasih sayang tanam persaudaraan



Tapi perpaduan tersalah disandar

Lantaran jahil menghijab sang akal

Lalu hancur punahlah perpaduan

Ummah lebur kerana pertikaian

Kejahilan racun perpaduan



Racun jangan dibiar

Bisa memudaratkan

Segera cari penawar

Merawat menyembuhkan

Jahil bisa menular

Membunuh perpaduan

Cari ajaran sebenar

Dalam didikan al-Quran



Hayatilah Islam janalah perpaduan

Kerana kejahilan punca perpecahan



Lirik:Mohd Firdaus Sahidin

Lagu:Megat MS/Mohd Firdaus Sahidin

Hakcipta: Lambaian Kasih Productions