Puisi Kasih Buat Ibu
Lirik Lagu Nasyid Konsolidasi
Baitulitmain
Puisi kasih buatmu ibu
Yang telah melahirkan diriku
Tidak terbalas jasamu ibu
Yang telah mengasuh diriku
Engkaulah tempat aku mengadu
Ketika ku gelisah dan sayu
Janganlah pergi wahai ibuku
Kerana kau nyawa buatku
Susah senangku engkau tanggung selalu
Walau ku sering menyakitimu
Ampunilah diriku oh ibu
Kerna kau syurga untukku
Di mana jua tempat yang aku tuju
Kau sering mengingati aku
Hanya kasih dan doa buatmu
Hanya salam rindu untukmu
Sesungguhnya syurga terletak di bawah telapak kaki ibu
Tika keluarku dari rahimmu
Kau rasa indah sewaktu itu
Walau perit melahirkan aku
Sabarlah wahai ibu
Akan ku kotakan janji-janji
Untuk bantumu dewasa nanti
Demi membalas jasamu dulu
Semoga syurga untukmu