Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Rasa Bertuhan - Generasi Harapan

Rasa Bertuhan

Lirik Lagu Nasyid Hidup Bertuhan

Generasi Harapan



Kalau manusia mengenali Tuhannya

Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya

Tak sempat mengingati perkara yang lain

Hati dan jiwa semata-mata terpaku dengan Tuhannya



Jika manusia mengenali kehebatan

keagungan Tuhannya kecutlah perutnya

kalau manusia sentries sedar pendengaran

penglihatan dan pengetahuannya



Tuhan tidak pernah lekang dari manusia

Nescaya manusia itu tawadhuk

Merendah diri dibumi Tuhannya 2X



Jika manusia rasa bertuhan

Hidup dihatinya mati angan-angan

Takutpun datang menerpa dihatinya

Manusia akan sibuk dengan dirinya



Tak sempat memikirkan diri orang lain

Takut dan bimbang tak sempat mengumpat



Aduh kalau Tuhan sentiasa dihati

Perasaan bertuhan mencekam dihati

Mengenang pula nikmat

Nikmat Tuhan yang banyak



Bertambah perasaan cinta dan takut

Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya

Takut kalau nikmat ditarik semula

Kalau terbuat dosa akan diazab-Nya



Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya

Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya

Dunia dan nikmat-Nya tidak mempengaruhnya

Sekalipun dunia ditangannya.