Rintihan Remaja
Lirik Lagu Nasyid Nur Irsyad
Nur Irsyad
Teringat semasa usia ku kecil belajar
Ku riang gembira tidak sabar pulang ke rumah
Dakap ibu ayah tunjuk kertas kerja
Gembira bila dipuji mereka
Sentiasa ceria bagaikan dunia
Akan begitu selamanya
Sekarang berbeza usia ku kini remaja
Ku punya cita rasa
Lebih suka bersembang di rumah
Tiada teman-teman akan kesunyian
Hanyalah hiburan jadi gantian
Tiada kedengaran nasihat teguran
Adab kesopanan keterlanjuran
Oh ku rindukan oh kemesraan
Masih adakah perasaan
Oh ayah ibu dengar rintihan ku
Bolehkah seperti dahulu
Oh dakapan mu ku dahagakan
Bahagia kita bersama
Oh ya Tuhanku kebesaran Mu
Segala puji untuk Mu
Ayuhlah bersama teman kita perbetulkan
Eratkan pertalian diri dengan ayah dan ibu
Dengan azam yang kukuh dan semangat yang jitu
Setiap usaha kan berjaya
Doa dipohonkan diri dirapatkan
Dengan Tuhan Maha Pencipta