Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Sajak Usahawan - Unic

Sajak Usahawan

Lirik Lagu NasyidHijrah

Unic



Usahawan hanya manusia biasa

Tapi luar biasa kerjanya

Ketabahannya tindakannya

Luar biasa mindanya



Hidup jiwanya bersama usahawan

Fikir kejayaan fikir strategi

Fikir kelemahan diri

Bukan mencari kelemahan orang lain



Masa menyusun, merancang dan mengatur

Tidak takut dengan persaingan

Kerana sentiasa bersedia

Tetapi pesaing yang takut usahawan

Kerana mereka hanya gimik semata



Istilah gagal dan putus asa

Tiada dalam kamus usahawan

Di balik gagal ada kejayaan

Putus asa pintu kekufuran



Cita-cita usahawan cukup tinggi

Terkadang dikatakan hanya bermimpi

Gerak kerja yang penuh wawasan

Pengalaman jadi pedoman



Mengalahkan mereka yang punya kelulusan

Yang mampu merancang tapi tiada pengalaman

Kalau tidak usahawan tak berada di puncak jaya

Memiliki yang tak dimiliki

Usahawan hanya manusia biasa

Usahawan mampu berdikari



Usahawan punya idola sendiri

Yang patut dicontohi

Bahkan sejarah kejayaannya

Kan dikenang suatu hari nanti



Yang penting

Usahawan manusia bertaqwa

Banyak kebajikannya

Banyak ibadah dan zikirnya

Kuat perjuangannya

Kasihkan Tuhannya

Kasihkan Rasulnya