Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Sajak Usahawan - Unic

Sajak Usahawan

Lirik Lagu Nasyid Hijrah

Unic



usahawan bukannya manusia luar biasa

cuma usahawan

luar biasa kerjanya

luar biasa ketabahannya

luar biasa tindakannya

luar biasa mindanya



bertemu usahawan itulah

rezeki kerana usahawan membawa

peluang kepada yang mahu mengubah diri sendiri



hidup jiwanya bersama usahawan

fikir kejayaan

fikir strategi

fikir kelemahan diri

bukan mencari kelemahan orang lain



masa bagi usahawan

paling penting

menyusun, merangcang dan mengatur

yang paling penting

usahawan tidak takut dengan persaing

kerana usahawan sering bersedia

tetapi pesaing yang takut usahawan

kerana mereka gimik semata-mata



istilah gagal dan putus asa

tiada dalam kamus usahawan

dibalik gagal ada kejayaaan

putus asa pula pintu kekufuran



cita-cita usahawan cukup tinggi

kekadang usahawan dikatakan bermimpi

gerak kerja usahawan penuh wawasan

pengalaman lampau jadi degree usahawan

mengalahkan mereka yang punya kelulusan

yang mampu merangcang, tapi tiada pengalaman



kalau tidak

usahawan tidak boleh berada

dipuncak jaya

memiliki yang tidak dimiliki

usahawan bukannya manusia luar biasa

usahawan berdiri di atas kaki sendiri



usahawan punya indole sendiri

yang patut dicontohi

bahkan sejarah kejayaan usahawan sendiri

akan ditulis orang suatu hari nanti



yang penting

usahawan manusia yang bertaqwa

banyak kebajikannya

banyak ibadah dan zikirnya

kuat perjuangannya

amat kasih usahawan pada Rasulnya

amat cinta usahawan pada Tuhannya