Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Siti Khadijah - Mawaddah

Siti Khadijah

Lirik Lagu Nasyid

Mawaddah



Engkaulah serikandi yang sangat setia

Membantu Rasulullah dalam suka dan duka

Isteri solehah yang penyayang dan penuh kesabaran

Wahai Siti Khadijah sungguh besar jasamu

Berkorban apa saja kerana Tuhanmu

Memperjuangkan islam walau penuh dugaan



Engkaulah wanita pertama beriman

Pendorong pejuangan Rasulullah

Dari mula lahir zuriat nabi

Penerus perjuangan hinggalah kini

Digelar Ummul Mukminin

Ibu orang beriman

Penyumbang harta fikiran

Untuk perjuangan Rasulullah



Kau idola kami Kau wanita utama pejuang contoh sepanjang zaman

Kau dicintai Rasul Kau di sayangi umat kerana dirimu pencinta Tuhan



Wahai Siti Khadijah kaulah teladan

Wahai Siti Khadijah kaulah ikutan



Engkaulah wanita pertama beriman

Pendorong pejuangan Rasulullah

Dari mula lahir zuriat nabi

Penerus perjuangan hinggalah kini

Digelar Ummul Mukminin

Ibu orang beriman

Penyumbang harta fikiran

Untuk perjuangan Rasulullah



Kau idola kami Kau wanita utama pejuang contoh sepanjang zaman

Kau dicintai Rasul Kau di sayangi umat kerana dirimu pencinta Tuhan



Wahai Siti Khadijah kaulah teladan

Wahai Siti Khadijah kaulah ikutan