Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Suburnya Kasih Sejati - Nahwan Nur

Suburnya Kasih Sejati

Lirik Lagu Nasyid Di Kala Hati Bercahaya

Nahwan Nur



Wahai saudaraku yang kukasihi

awasilah diri di zaman ini

tipu perdaya umpat dan caci

subur dan mekar di saat ini



Wahai saudaraku ingat-mengingati

tiada gunanya meninggi diri

umpat dan caci harus dijauhi

kerana ia merosakkan diri



Ikhlaslah dalam perbuatan

janganlah ada muslihat tersimpan

mengambil kesempatan di atas kelemahan

insan ditindas mencari kemewahan



Binalah kasih di antara kita

Fitnah-memfitnah haruslah tiada

gembiralah bersama ceria aman dan bahagia

bantu-membantu berlaku seadilnya



Wahai saudaraku yang kukasihi

marilah mendidik hati nurani

supaya kelak hidup disayangi

malah hadirmu bukan dibenci