Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Suruhlah Anak Sembahyang - Huda

Suruhlah Anak Sembahyang

Lirik Lagu Nasyid

Huda



Suruhlah Anak Anakmu Bersembahyang

Sedari Umurnya Tujuh Tahun

Bimbing Mereka Lakukan Kebaikan

Hidup Dan Mati Kerana Tuhan



Sembahyang Itu Tiang Agama

Ia Mesti Dilaksana

Kerana Ia Rukun Islam

Tidak Boleh Diabaikan



Fardhu Sembahyang Limalah Waktu

Tidak Boleh Ditunda

Siang Dan Malam Sudahlah Tentu

Di Mana Saja Kita Berada



Anak-Anak Itu Amanah Allah

Didik Mereka Dengan Kasih Sayang

Setiap Amanah Akan Ditanya

Bagaimanakah Kita Menguruskannya



Mereka Umpama Kain Putih

Jangan Tersalah Mewarnanya

Ingat Kembali Madah Terpilih

Lenturkan Buluh Dari Rebungnya



Awal Agama Mengenal Allah

Tuhan Yang Maha Pencipta

Dialah Tuhan Yang Wajib Disembah

Dialah Tuhan Tempat Meminta

Hayya bil jihad