Syair Nasihat
Lirik Lagu Melayu
Sharifah Aini
Raja Ali Haki
Dengarlah tuan ayahanda berperi
Kepada anakanda muda bestari
Nasihat kebajikan ayahanda beri
Amalkan jangan malas dan ngeri
Ayuhai anakanda muda remaja
Jika anakanda menjadi raja
Hati yang betul hendak di saja
Sertalah rajin kepada bekerja
Menuntut ilmu janganlah segan
Ilmu yang bener jangan yang bukan
Iaitu ilmu yang kebajikan
Di kitab ini sudah di sebutkan
Jika anakanda menjadi besar
Tutur dan kata janganlah kasar
Jangan seperti orang yang sasar
Banyaklah orang menaruh gusar
Kesukaan orang anakanda cari
Supaya hatinya tiada lari
Masyhurlah anakanda di dalam negeri
Sebab kelakuan bijak bistari
Nasehat ayahanda, anakanda fikirkan
Khianat syaitan anakanda jagakan
Orang berakal anakanda hampirkan
Orang yang jahat anakanda jauhkan
Jika memerintah lemah dan lembut
Kepada tempat barang yang patut
Orang yang banyak suka mengikut
Apa kehendak tidak tersangkut
Inilah nasihat ayahanda nan tuan
Kepada anakanda muda bangsawan
Nafsu yang jahat hendaklah lawan
Supaya anakanda jangan tertawan
Inilah akkhir kalam tersurat
Kepada medan ilmu mesyuarat
Amallah dia janganlah berat
Supaya tertolak segala mudarat