Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Tak Setabahmu Teman - VoCS - Voice of Commerce's Soul

Tak Setabahmu Teman

Lirik Lagu Nasyid VoCS – V.C

VoCS – Voice of Commerce’s Soul



Luangkan diri mengenali teman

Carilah peluang memahaminya

Sepasang hati dan perasaan

Apakah yang sedang dilaluinya



Temanmu itu juga manusia

Insan yang punya pelbagai rasa

Yang dilalui sukar diduga

Kadangnya tidak seperti disangka



c/o

Dia ada rasa takut dan bimbang

Dia juga punya rasa sedih kecewa

Ada kala kelemahannya ketara

Dan kehadiran kita, penguatnya



Sering kau lihat dia ketawa

Dan sering kau lihat dia ceria

Menghiburkan diri dan juga semua

Seolah tiada beban sedang dibawa



Namun sebenarnya itu lakonan

Yang dipentaskan untuk melindungkan

Rasa resah yang mendesah di jiwa

Dia tak setabah yang kita sangka

Tapi… lebih jauh dari itu….



Lagu : Abg long

Lirik : Abg Long



**jika ada yang mahu mengundang kumpulan kami VoCS (Group Nasyid Muslimin) atau Nurul Imani (Group Nasyid Muslimat) sila hubungi zamruddin muhidin di talian 017-2449508.