Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Tasbih Persahabatan - Zayyan

Tasbih Persahabatan

Lirik Lagu Nasyid Himpunan Bakat Nasyid Edisi 1

Zayyan



Persahabatan kian bercambah,

Dari lahirnya sebuah ukhuwah,

Syahadah ikatan meranting akidah,

Hingga berguguran dedaun gundah



Tika mendaki banjaran wawasan

Jatuh berparut luka kecewa

Kau membawa obor harapan

Bersama mengibar panji kejayaan



c/0

Ukhuwah ibarat seutas tasbih

Bersama walau mengharungi pedih

Pada Yang Maha Pengasih

Kita semua merintih



Janganlah dicantas dedaunan berkasih

Kerana kesetiaan telah terbenih

Pastikan dirahmati jalinan jernih



Persahabatan jangan disia

Kan menghapus indah nostalgia

Walaupun menginjak akhir usia

Pastikan mekar refflesia bahagia..



c/0

Ukhuwah ibarat seutas tasbih

Bersama walau mengharungi pedih

Pada Yang Maha Pengasih

Kita semua merintih



Janganlah dicantas dedaunan berkasih

Kerana kesetiaan telah terbenih

Pastikan dirahmati jalinan jernih



Bahtera kasih berlayar keimanan

Bayu syahdu menghembus kecintaan

Ombak memukul penuh kelembutan

Begitulah indahnya persahabatan

Mewarnai kehidupan insan

kerana itulah tuntutan Ar-Rahman

kerana itulah tuntutan Ar-Rahman