Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Tipu Duniawi - Anugerah

Tipu Duniawi

Lirik Lagu Nasyid Masih Ada Waktu

Anugerah



Kini taman hangus terbakar

Tiada wangi hilang seri

Kembang dan jambangannya punah

Indah cantiknya musnah



Kumbang terpanggang rentung

dibakar pijar

Tanahnya membahang panas

Buminya tandus



Dulu jambangan ini

menguntum seri

Senyum di tangkai hati

Semerbak harum kembang indah

Taman mengundang tenang

Cantik bunga kumbangpun

datang bertandang



Rupanya seri taman tak kekal

Harumnya sementara indah

Sebentar

Kerana bajanya ringgit permata

Bukan iman dan taqwa



Itulah taman dunia

Taman tipu daya

Taman pura-pura