Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Untukmu Ibu - Mawaddah

Untukmu Ibu

Lirik Lagu Nasyid

Mawaddah



Ingin dikongsi sebuah kisah

Pengalaman kita bersama

Miliki dirimu yang tak pernah

Jemu dalam mendidik anakmu



Menempuh segala pancaroba

Yang tak pernah jemu bertambah

Namun dia tanda kasih sayang

Tuhan Yang Maha Penyayang



Tak mungkin dapat dilupakan

Segala kenangan yang tercipta

Ada kalanya bergembira

Ada kala kita berduka



Akan disematkan segala semua ilmu

Yang telah dikau curahkan

Semoga diberkati hidupmu selalu

Wahai ibu tercinta



Maafkanlah kami wahai ibu

Kerana sering melukakan hatimu

Bukan bermaksud melaku bergitu

Jua tak bermaksud mengecewakan mu



Kalau ada salah dan silap harap diampunkan

Tak tertanggung segala dosaan dan tetap beri makan

Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan

Begitulah lumrah kehidupan yang telah Tuhan tetapkan

Ohh..ohh…



Begitu jua berlaku pada pertemuan kita

Bertemu dan berpisah kita hanyalah kerana Tuhan

Lihatlah ramai manusia lahirnya saja bersama

Namun hati tidak bersatu malah pecah belah berlaku



Semoga perhubungan kita direstui Tuhan yang Esa

Semoga kita tetap bersama dalam perjuangan

Kasih sayang sejati kerana Tuhan

Akan terputus walau jasad berjauhan



Biar berbunga dari hati atau jiwa

Yang kenal cinta dan takut kan Tuhan

Walau apa jua ujian yang datang melanda

Moga ia tetap teguh sehingga keakhir nya