Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Untukmu Mawar Kota - Anugerah

Untukmu Mawar Kota

Lirik Lagu Nasyid Masih Ada Waktu

Anugerah



Telah lama kau di dalam alpa

Dalam kegelapan memburu fatamorgana

Mengikut nafsu mengaut kepuasan

Hingga kini tiada jawapan



Engkau terus menerkam bayang-bayang

Tanpa sedar maruah diri telah hilang

Segala tergadai tiada yang membela

Mutiara yang hilang tidak akan pulang



Sampai bilakah

Engkau akan begini

Mengikut nafsu yang infiniti

Hari-hari depan tiada engkau fikirkan

Lebih-lebih lagi kehidupan yang hakiki

Di akhirat



Marilah kita bersama-sama

Kembali kepada fitrah

Untuk menjadi hamba-Nya

Yang tunduk pada syariat-Nya



Tidak kita dijadikan oleh Allah

Dengan begitu sahaja

Kita dijadikan untuk mengabdikan diri

Dan beribadah sebagai hamba-Nya



Ketenangan dan kebahagiaan

Akan diperolehi hanya dari Tuhan

Ketahuilah bahawa sesungguhnya

Mengingati Allah hatimukan tenang



Tidakkah kau fikirkan

Hebatnya neraka segala azab dan seksanya

Yang tak akan tertanggung

Oleh kita yang lemah

Yang dahsyatnya tak tergambar

Yang tak sanggup menghadapinya



Ketahuilah kasih sayang Allah

melebihi kasih seorang ibu

Walaupun selangit dosa kita

Dia kan sudi mengampunkannya

Kerana Dia Maha Penyayang…