Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Warna Kehidupan - Suara Hati

Warna Kehidupan

Lirik Lagu Nasyid Kembalilah Kasih

Suara Hati



Aku ingin hidup secerah mentari

Yang menyinari kamar ini

Aku ingin bahagia

seriang kicau burung yang terdengar

Aku menginginkan warna kehidupan

Seindah pandangan

Aku ingin segalanya damai

sedamai pagi yang cerah



Aku ingin hati ini

Sebersih titisan embun

Aku ingin semuanya

yang harum dan indah

Tapi segala-galanya bermula di sini

Di hati ini jiwa yang gersang

Mencari kasih sayang

Di persada kehidupan



Kerana indahnya suasana

Berpunca dari dalam diri sendiri

Oleh warna kehidupan

Yang tercorak di sanubari

Kerana indahnya suasana

Berpunca dari dalam diri sendiri

Teraut di pentas hati semua ketenangan

Dan keindahan segala

Hanya pada iman dan Islam